ARTIKEL

Jual ubi kayu cecah satu tan sehari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEORANG pemuda tidak menyangka usaha menanam ubi kayu di tanah seluas lapan hektar (20 ekar) sejak tahun lepas memberi pulangan lumayan kepadanya, selepas berjaya menjual sekitar satu tan hasil tanaman itu sehari, sejak Monsun Timur Laut (MTL) bermula minggu ini.

Mohd Hazim Zulkifli, 26, berkata dia mengusahakan tanaman itu dengan seorang rakannya Azizan Muhammad, 36, di Kampung Kemudu Bongkok, Bachok dan menjualnya di Kampung Gaal bermula tiga hari lepas.

“Kami sepakat mengusahakan tanaman ubi kayu memandangkan tanaman ini mendapat sambutan ramai tiap kali musim tengkujuh.

“Tidak sangka jualan kami laris sejak hari pertama beroperasi dengan jualan sebanyak 500 kilogram (kg) meningkat kepada 850 kg pada hari kedua dan seterusnya jualan mencecah satu tan sehari,” katanya kepada Bernama, di sini semalam.

Beliau berkata kedudukan gerai jualannya di tepi jalan utama di Kampung Gaal yang juga berdekatan sempadan Jertih, Terengganu memberi kelebihan kepadanya apabila ramai pelanggan singgah mendapatkan ubi kayu yang dijualnya pada harga RM2.50 sekilogram.

Mohd Hazim berkata beliau mungkin mendapatkan bekalan ubi kayu daripada penanam lain jika bekalan sedia ada tidak dapat menampung permintaan pelanggan sepanjang musim tengkujuh ini.

Katanya bagi melengkapkan menu ubi rebus, beliau turut menjual kelapa muda kepada pelanggan selain produk kerepek ubi kayu pelbagai perisa yang diusahakannya sejak tiga tahun lepas.

Memandangkan jualan yang agak laris, Muhd Hazim mengambil seorang pekerja selain dibantu isterinya, Nabila Abdullah, 26, yang berhenti kerja sebagai kerani pemasaran untuk membantunya menguruskan perniagaan itu.

Menurut Muhd Hazim, memandangkan jualan ubi mentah mendapat sambutan sangat memberangsangkan, dia meneruskan usahanya menanam tanaman itu sebaik sahaja musim tengkujuh tahun ini berakhir bagi persediaan jualan tahun hadapan.

“Bagi saya tanaman ubi kayu mempunyai potensi pasaran yang baik sama ada dijual mentah pada musim tengkujuh atau dijadikan kerepek untuk dijual sepanjang tahun,” katanya. 

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan