ARTIKEL

Jualan pendingin hawa pintar Xiaomi melonjak 314 peratus di Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Xiaomi memperluas perniagaan melangkaui telefon pintar untuk memperkukuh kedudukannya sebagai syarikat teknologi global, dengan Malaysia menjadi antara pasaran penting strategi pertumbuhan serantaunya.

Pengurus Negara Xiaomi Malaysia, Xingyu Yang, menyifatkan Malaysia sebagai pasaran penting dan penanda aras utama bagi operasi syarikat di rantau ini seperti dilapor Bernama.

Beliau optimistik terhadap prospek pasaran Malaysia pada 2027 kerana pengguna mudah menyesuaikan diri dan terbuka kepada teknologi baharu.

Dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang, Xiaomi menumpukan peningkatan pengalaman pengguna menerusi peruncitan berasaskan pengalaman, ekosistem AIoT dan mobiliti pintar, serta penyetempatan dan penglibatan komuniti.

Di Malaysia, segmen peranti mudah alih menduduki tempat kedua pasaran telefon pintar dengan bahagian 16 peratus pada suku kedua 2026, manakala syarikat itu mendahului pasaran tablet dengan bahagian 23 peratus.

Jualan tahun ke tahun turut meningkat bagi pendingin hawa pintar sebanyak 314 peratus, penulen udara 80 peratus dan penyahlembap udara 75 peratus.

Xiaomi yang baru membuka kedai ke-100 di negara ini, termasuk di Sabah dan Sarawak, akan membuka kedai lebih besar, memperkenalkan lebih banyak peranti boleh pakai dan produk keselamatan rumah pintar, serta melabur dalam perkhidmatan selepas jualan.

BERITA LAIN

Pertanian moden benteng keterjaminan makanan

KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menegaskan sektor pertanian negara perlu terus dipacu ke arah pemodenan dan kecekapan pengeluaran bagi

BERITA TERBARU

Perang siber

SERANGAN siber ke atas sistem stok dan bekalan pasar raya, sistem penyimpanan plasma darah dan infrastruktur makanan di Eropah memperlihatkan wajah baharu bentuk peperangan moden.

Pertanian moden benteng keterjaminan makanan

KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menegaskan sektor pertanian negara perlu terus dipacu ke arah pemodenan dan kecekapan pengeluaran bagi