ARTIKEL

Jualan tiket meningkat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Festival ini turut menjadi platform mengetengahkan budaya dan warisan suku kaum dan etnik di Sarawak.

Penjualan tiket RWMF 2024 merekodkan jualan memberangsangkan berbanding tahun sebelumnya.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, tiket untuk tiga hari penganjuran habis dijual.

“Penjualan tiket tahun ini sungguh mengagumkan.

Saya sendiri pun tidak sangka, ia melepasi (jualan) tahun lepas,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan RWMF 2024, baru-baru ini.

Katanya, ia bukan sahaja terdiri daripada pengunjung tempatan, malah pengunjung dari luar negara.

“Ramai daripada mereka dari Semenanjung Malaysia, Indonesia dan ada yang datang dari Bali, begitu juga dari negara Eropah dan sebagainya,” katanya.

KERABAT DIRAJA HADIR

Lebih menarik, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin berangkat tiba ke Sarawak bagi lawatan selama tiga hari.

Baginda berdua turut mencemar duli berangkat ke RWMF pada malam pertama dan kedua festival itu berlangsung.

Walaupun keadaan cuaca hujan, namun ia tidak mematahkan semangat para pengunjung untuk menyaksikan persembahan.

Malah, ribu penonton tetap tidak berganjak meskipun hujan membasahi dataran pentas utama.

Seperti dijangkakan, persembahan pemuzik Jepun terkenal, Kitaro tidak menghampakan ribuan pengunjung yang hadir.

Pemuzik berusia 71 tahun ini menggabungkan elemen cahaya dan instrumental seperti seruling.

Ternyata suasana alam semula jadi di kaki Gunung Santubong memberi impak dalam persembahan Kitaro yang penuh dengan elemen keharmonian dalam seni persembahan.

Antara lagu yang dipersembahkan termasuklah Matsuri, Koi, Caravansary dan semestinya lagu menerusi album Thinking of You.

Sementara itu, biarpun hujan lebat sebelum tirai persembahan malam kedua RWMF bermula, ribuan pengunjung tidak berganjak bagi menantikan lantunan vokal penyanyi legenda negara, Datuk Zainal Abidin.

Penyanyi ini membuat kemunculan sulung di pentas RWMF pada jam 11.00 malam, disambut dengan sorakan peminatnya.

Pelantun lagu Hijau itu turut mendendangkan beberapa karyanya, seperti Manis, Khayalan dan Ikhlas Tapi Jauh selain single terbarunya, Tiba Masa.

Penantian 20 tahun untuk beraksi di pentas antarabangsa Borneo membuktikan Zainal masih berbisa dalam lontaran vokalnya yang memukau.

KESEDARAN KEBERSIHAN ALAM SEKITAR

Selain mengetengahkan adat dan budaya masyarakat pelbagai kaum di Sarawak, RWMF 2024 turut memupuk kesedaran tentang kebersihan alam sekitar yang harus bermula dengan generasi muda sehingga dewasa.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak (STB), Sharzede Datu Salleh Askor berkata, pihaknya meneruskan usaha kempen kesedaran menjaga alam sekitar sepanjang acara berlangsung.

“Mereka menjadikan ia satu kebiasaan kerana orang lain juga lakukannya.

“Ketika seronok, kita mungkin tidak sedar terbuang sampah,” katanya.

Dalam masa yang sama, STB turut menganjurkan Rainforest Youth Summit (RAYS) 2024 dari 26 hingga 28 Jun ini di Muzium Budaya Borneo dengan tema Memperkasa Belia untuk Masa Depan Mampan.

Acara ini membantu meletakkan Sarawak sebagai hab untuk pertukaran dan dialog perkara berkaitan hutan hujan dan kemampanan yang sejajar dengan ekosistem pelancongan Sarawak seiring Strategi Pembangunan PascaCOVID-19 (PCDS) 2030.

“Ini masanya membawa anak muda untuk menjadi suara dalam soal kemampanan alam sekitar di Asia dan di Sarawak, kita menyatukan suara mereka semua,” katanya.

Kelestarian alam menjadi agenda penting Bumi Kenyalang dalam memastikan inisiatif hijau itu membawa impak positif kepada rakyatnya.

Penganjuran RWMF 2024 oleh STB membawa gabungan dua elemen dalam penganjurannya iaitu kelestarian dalam seni persembahan.

BERITA LAIN

Pencapaian penulis PUTERA

DALAM konteks perkembangan sastera di Sarawak, Hadiah Sastera Sarawak (HSS) memainkan peranan penting sebagai wadah pengiktirafan terhadap ketekunan, kreativiti dan sumbangan para penulis tempatan. Sebelum

Teknologi rapat jurang kaunseling

DUNIA sedang berubah. Cara manusia bekerja, berkomunikasi dan mendapatkan maklumat turut berubah. Tanpa kita sedari, cara manusia mendapatkan sokongan emosi juga sedang berubah. Telefon pintar,

BERITA TERBARU

Jualan kraf Regata Sarawak dijangka lepasi RM2 juta

KUCHING: Jualan produk kraf sempena Regata Sarawak 2026 dijangka melebihi RM2 juta, susulan sambutan menggalakkan pengunjung sepanjang minggu penganjurannya di Tebingan Kuching. Menteri Pelancongan, Industri