Jugah Muyang nafi penglibatan dalam isu Zuraida

KUCHING: Ahli Parlimen Lubok Antu Jugah Muyang menegaskan bahawa pembabitan namanya berkenaan isu sokongan terhadap desakan perletakan jawatan Zuraida Kamaruddin adalah satu tindakan di luar pengetahuannya.

Beliau berkata, dirinya tidak pernah terlibat dalam mna-mana tindakan untuk memberi sokongan mahupun persetujuan berkaitan isu tersebut.

“Merujuk kepada kenyataan media pada 22 Januari lalu, saya dengan ini menegaskan bahawa penglibatan saya dalam memberi sokongan mahupun persetujuan terhadap isu tersebut adalah tanpa pengetahuan saya.

“Saya juga ingin jelaskan di sini bahawa sebagai seorang ahli parti lelaki, selain menjaga kebajikan rakyat, tugas saya juga adalah memberi sokongan penuh kepada Presiden parti Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tegasnya lagi, isu seperti itu sewajarnya perlu diselesaikan oleh pihak ibu pejabat parti untuk ditangani.

Hal ini adalah untuk mengelakkan timbulnya masalah salah faham di antara ahli parti yang boleh menyebabkan perpecahan berlaku.

Beliau berharap dengan penjelasan yang diberikan dapat mengelakkan pembabitan namanya berkaitan isu tersebut.

Suara Sarawak