ARTIKEL

Jujur, berintergriti siapkan projek rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DEBAK: Sikap sambil lewa kontraktor yang suka melewat-lewatkan pelaksanaan sesuatu projek pembangunan akan menjejaskan kualitinya kelak.

Adun Saribas Mohammad Razi Sitam memberitahu, ada sesetengah kontraktor tidak nampak muka walaupun selepas empat ke lima bulan ditawarkan atau diamanah untuk melaksanakan sesuatu projek.

“Ini rungutan dari penduduk kampung yang sampai kepada saya. Ada yang gusar dan mengadu, kelibat kontraktor tidak pernah kelihatan. Jadi, bagaimana projek hendak mula?

“Saya kesal dengan perkara ini dan mengambil serius.

“Saya menggesa agar kontraktor khususnya dalam pelaksanaan projek RTP Kerajaan Sarawak supaya jujur dan lebih berintegriti untuk menyiapkan projek rakyat,” katanya.

Beliau ditanya lanjut ekoran aduan penduduk yang merungut dengan tindakan sesetengah kontraktor yang sambil lewa dalam pelaksaan projek ketika menghadiri jemputan di Kampung Babu dekat sini, semalam.

Jelasnya, agensi kerajaan yang bertindak sebagai Pusat Tanggungjawab (PTJ) harus lebih tegas terhadap kontraktor yang mengambil mudah tindakan menyiapkan projek rakyat ini.

KENDURI RAYA … Razi ketika menghadiri jemputan di Kampung Babu dekat sini, semalam.

Menurutnya, projek-projek yang diluluskan perlu disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan agar tidak tertunda demi menjamin kualitinya.

“Justeru, kita tidak mahu sesuatu projek lambat dimulakan kerana ia akan menyebabkan kontraktor dihimpit ruang masa sehingga berani mengambil kerja mudah untuk menyiapkannya semata-mata mengejar tempoh siap.

“Tiada istilah ‘yang penting siap’ kerana impaknya, kualiti sesuatu projek pasti terjejas. Kita berharap semua kontraktor peka dengan perkara ini.

“Kerajaan bukannya menyediakan perbelanjaan yang kecil untuk implementasi sesuatu projek. Begitu juga rakyat yang memohon projek tersebut mengharapkan ia dibina dengan kualiti yang terbaik supaya kekal, tahan lama, cantik dan selesa,” ujarnya.

Razi mengingatkan supaya segala skop kerja dan tempoh siap yang terdapat dalam spesifikasi projek menjadi panduan utama setiap kontraktor.

-tamat//

Pix1

Pix2
DEKATI RAKYAT … Razi menyantuni penduduki sekitar yang turut hadir ke jemputan kenduri raya tersebut.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU