ARTIKEL

Julaihi pertahan jawatan Naib Presiden PBB

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEBUYAU: Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Julaihi Narawi mengesahkan bahawa beliau akan mempertahankan jawatan yang disandang itu pada Perhimpunan Agung Tritahunan PBB menjelang Jun kelak.

Adun Sebuyau itu juga berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Raikan Hari Raya Aidilfitri 2022 Peringkat Dun N.27 Sebuyau di Dewan Pembangunan Sebuyau, hari ini.

“Insya-Allah saya akan mempertahankan jawatan Naib Presiden PBB yang saya menangi dua penggal yang lalu,” katanya.

Julaihi antara empat calon meraih undian tinggi, iaitu 770 undi dalam perebutan empat jawatan Naib Presiden PBB untuk sesi 2018 hingga 2020.

Antara tiga calon lain yang turut meraih kemenangan jawatan itu adalah Adun Nangka Dr Annuar Rapae (746 undi); Adun Pantai Damai Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi (719 undi) dan Adun Asajaya Datuk Seri Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (698 undi).

MELAMBAI… Julaihi melambai tetamu yang hadir pada Majlis Raikan Hari Raya Aidilfitri 2022 Peringkat Dun N.27 Sebuyau di Dewan Pembangunan Sebuyau hari ini, turut kelihatan mengiringi beliau adalah isterinya Datin Saadiah Buji.

BERITA LAIN

Urus tanah gambut secara menyeluruh

KUCHING: Sarawak perlu memperkukuh pengurusan tanah gambut secara menyeluruh bagi mencegah kebakaran dan mengurangkan risiko jerebu, terutama menerusi strategi berasaskan sains dan perancangan jangka panjang.

BERITA TERBARU

Urus tanah gambut secara menyeluruh

KUCHING: Sarawak perlu memperkukuh pengurusan tanah gambut secara menyeluruh bagi mencegah kebakaran dan mengurangkan risiko jerebu, terutama menerusi strategi berasaskan sains dan perancangan jangka panjang.