ARTIKEL

Julau kini zon merah Covid-19, Selangau kembali kuning

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak mencatatkan 11 daerah berstatus merah hari ini apabila Julau bertukar status daripada jingga kepada merah setelah merekodkan sejumlah 42 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari
lepas.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, daerah lain yang turut berstatus merah adalah Subis, Lundu, Beluru, Kapit, Song, Dalat, Bintulu, Kanowit, Miri dan Sibu dengan 1,837 kes jangkitan
tempatan.

“Sementara itu, Daerah Selangau kembali kepada status kuning daripada jingga selepas hanya merekodkan 20 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah JPBNS, Daerah Sri Aman, Matu dan Bau kekal berstatus jingga, manakala Kuching, Samarahan, Betong, Saratok, Sarikei, Daro, Sebauh, Lawas, Bukit Mabong, Tatau, Pakan, Serian, Belaga dan Meradong kekal berstatus kuning.

“11 daerah lain di Sarawak kekal dengan status hijau iaitu Simunjan, Lubok Antu, Telang Usan, Asajaya, Limbang, Tanjung Manis, Tebedu, Mukah, Pusa, Kabong dan Marudi,” ujarnya.

BERITA LAIN

Taman Kenyalang ngеna konsep moden

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng nerima penuemai basa ari diligit Chung Yuan Christian University (CYCU), Taoyuan, Taiwan, ti bejuraika asil tungkap

BERITA TERBARU

Emosi atasi pertimbangan

BARU-BARU ini berlaku insiden tragis apabila seorang pelajar perempuan ditemui mati didakwa dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Pelajar tingkatan empat