Lebih 30,000 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 70,000 lagi cedera akibat serangan rejim Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas, menurut Kementerian Kesihatan Gaza pada Khamis.
Jurucakap kementerian itu Ashraf al-Qudra berkata sekurang-kurangnya 79 terbunuh dalam serangan Israel di kawasan yang dilanda perang sejak Rabu, lapor Agensi Anadolu.
Menurut jurucakap itu, kanak-kanak, wanita dan warga emas antara sebahagian besar yang menjadi mangsa serangan itu.



