Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus meningkat pagi ini

KUCHING: Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus meningkat setakat pagi ini, melibatkan 408 keluarga dan 1,473 mangsa.
Justeru, terdapat 21 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka untuk menempatkan mangsa-mangsa banjir dari Kuching, Samarahan, Serian dan Miri.
Menurut laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), setakat pagi ini bahagian paling teruk terjejas ialah Kuching.
Ekoran itu, untuk bahagian Kuching terdapat 12 PPS dibuka bagi menempatkan 318 keluarga dan 1,179 mangsa.
Manakala, dua PPS dibuka di Samarahan menempatkan 28 keluarga dan 74 mangsa, lima PPS di Serian menempatkan 60 keluarga dan 200 mangsa serta dua PPS di Miri menempatkan dua keluarga dan 20 mangsa.

Suara Sarawak