ARTIKEL

Jumlah mangsa banjir, tanah runtuh Miri menurun, 139 mangsa masih berlindung di PPS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jumlah mangsa banjir dan tanah runtuh di Miri menunjukkan trend penurunan kepada 139 mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 12 tengah hari tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan, terdapat tiga PPS masih beroperasi di kawasan berkenaan.

“Di Dewan Bulan Sabit Merah, terdapat dua keluarga dengan empat mangsa akibat banjir dan satu keluarga dengan empat mangsa akibat tanah runtuh, jumlah ini kekal seperti laporan sebelumnya,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, di SK Kg Angus, seramai empat keluarga melibatkan 12 mangsa ditempatkan, menunjukkan penurunan bilangan mangsa berbanding sebelum ini.

Katanya, SK Suai Niah menempatkan 57 keluarga melibatkan 119 mangsa, jumlah yang kekal seperti laporan sebelumnya.

“Secara keseluruhan, tiga PPS di Miri menampung 64 keluarga dengan 139 mangsa terjejas.

“Trend pemindahan mangsa dilaporkan menurun, menunjukkan keadaan bencana semakin terkawal.

“Kesemua agensi yang terlibat masih terus memantau situasi dan bersedia memberikan bantuan segera kepada semua mangsa yang terjejas,” katanya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU