ARTIKEL

Jung Woo Sung …sah berkahwin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PELAKON tersohor Korea Selatan, Jung Woo Sung, dilaporkan telah mendaftarkan perkahwinannya secara rasmi bersama teman wanitanya yang bukan daripada kalangan selebriti.

Hubungan pasangan ini terjalin selama lebih 10 tahun dan diketahui oleh rakan-rakan terdekat, termasuk pelakon Lee Jung Jae serta Naib Pengerusi Doosang Group, Lim Se Ryung.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Jung Woo Sung kepada kenalan rapat yang sudah lama mengetahui hubungan istimewa mereka.

Bagaimanapun, agensi Jung Woo Sung, Artist Company, memilih untuk tidak mengulas lanjut dan meminta agar semua pihak menghormati privasi pelakon itu.

“Kami tidak dapat mengesahkan perkara tersebut secara rasmi.

Diharap tiada spekulasi berlebihan terhadap kehidupan peribadi beliau,” ujar wakil agensi.

Terdahulu, pada November tahun lalu, Jung Woo Sung mengakui bahawa beliau mempunyai seorang anak lelaki hasil hubungan dengan seorang model.

Pelakon berusia 51 tahun itu bakal kembali ke layar kaca menerusi musim kedua drama Made In Korea di platform Disney+ pada separuh kedua tahun ini.

BERITA LAIN

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU