ARTIKEL

Junta Myanmar umum gencatan senjata sementara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTANBUL: Tentera yang memerintah Myanmar mengumumkan gencatan senjata selama tiga minggu pada Rabu terhadap kumpulan penentang ekoran gempa bumi dahsyat yang meragut hampir 2,900 nyawa, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Sebelum ini, junta menolak cadangan gencatan senjata daripada kumpulan penentang yang bertujuan membolehkan operasi menyelamat dijalankan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, tentera Myanmar berkata bahawa gencatan senjata yang akan berkuat kuasa sehingga 22 April itu bertujuan untuk memudahkan usaha bantuan selepas bencana.

Pengumuman dibuat selepas laporan mengenai serangan terhadap konvoi bantuan Palang Merah China pada malam Selasa ketika kempen serangan udara terhadap kumpulan penentang.

Junta yang merampas kuasa pada 2021 turut memberi amaran kepada kumpulan itu agar tidak melakukan sebarang gangguan.

Pengisytiharan gencatan senjata itu dibuat menjelang lawatan ketua junta Min Aung Hlaing ke Bangkok bagi menghadiri sidang kemuncak serantau. – BERNAMA

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali