ARTIKEL

MU'AZAMIR JILI...Ketua Pegawai Eksekutif.

Jurulatih Gagal Capai KPI SUKMA 2026 Berdepan Perubahan Kedudukan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Mu’azamir Jili memberitahu, berlaku perubahan kedudukan barisan jurulatih yang gagal mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026.

Ada dalam kalangan mereka yang masih dikekalkan untuk terus melatih atlet.

Tidak terkecuali, ada antara jurulatih terbabit yang diturunkan pangkat, selain turut ditamatkan khidmat mereka.

Menurut Mu’azamir, tindakan tersebut dilakukan mengambil kira pelbagai aspek selain mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

Tegas Mu’azamir, pihaknya menerusi jawatankuasa sudah bersidang membincangkan perkara terbabit sebelum ini.

“Pihak jawatankuasa sudah bersidang dan membuat keputusan berpandu kepada pelbagai justifikasi.

“Ada yang masih kekal, ada yang turun pangkat. Bahkan, ada juga yang terpaksa ditamatkan perkhidmatan mereka,” ujar Mu’azamir kepada Arena Suara Sarawak.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU