ARTIKEL

Dr Romzi Ationg

PRU Sarawak Ke-13 mungkin hujung November atau awal Disember

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak Ke-13 dijangka berlangsung pada penghujung November atau awal Disember, dengan penamaan calon diadakan pada pertengahan bulan ini, kata penganalisis politik Dr Romzi Ationg.

Beliau berkata, jangkaan itu mengambil kira tempoh 60 hari yang ditetapkan dalam Perkara 21(4) Perlembagaan Negeri, selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 26 Oktober lalu.

Katanya, PRU Sarawak harus diadakan dalam tempoh tersebut, diadakan selewat-lewatnya 25 Disember 2026.

“Asasnya ialah had perlembagaan serta persediaan logistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa operasi.

“Pengundian pada penghujung November atau awal Disember lebih munasabah,” katanya ketika dihubungi.

Romzi berkata, faktor cuaca, cuti sekolah dan perayaan boleh mempengaruhi kehadiran pengundi serta pergerakan petugas.

“Namun, cabaran utama ialah akses sungai, jalan balak, penerbangan dan keselamatan pusat mengundi pedalaman sepanjang musim tengkujuh,” katanya lagi.

Mengulas Daftar Pemilih Tambahan (DPT) yang bakal digunakan, beliau berkata DPT September 2026 berkemungkinan menjadi asas, tertakluk keputusan SPR.

“DPT itu diwartakan 22 Oktober dan semakannya hingga 20 November pengundi baharu mesti tersenarai dalam daftar berkuat kuasa terkini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata tempoh kempen sekitar 10 hingga 14 hari adalah munasabah namun ia bergantung kepada keputusan SPR.

Katanya, tempoh itu agak singkat bagi kawasan pedalaman, justeru calon perlu merancang perjalanan, komunikasi dan pertemuan komuniti secara tersusun serta rapi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU