ARTIKEL

Piala Premier Sarawak 2026: Samarahan Sedia Jadi Pentas Final

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Bahagian Samarahan sedia untuk menjadi gelanggang perlawanan akhir Piala Premier Sarawak 2026, dalam keadaan tarikh penentuan juara membabitkan dua pasukan Kuching dan Samarahan masih belum ditetapkan lagi.

Demikian dinyatakan Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Samarahan (PBBS), Mohd. Azri Johari kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Azri, tiada masalah bagi pihaknya untuk dijadikan pentas perlawanan akhir kejohanan berprestij itu.

“Kita bersedia untuk menjadi gelanggang perlawanan akhir nanti. Tiada masalah bagi PBBS, itu pun jika diberi mandat oleh badan induk tertinggi (FAS),” tambah beliau.

Di Samarahan mempunyai gelanggang yang sesuai bagi tujuan tersebut ketika ini.

Setakat ini belum ada gambaran jelas berhubung tarikh untuk perlawanan akhir terbabit daripada badan induk.

Meskipun, sebelum ini dua tarikh iaitu 7 dan 14 November menjadi pilihan FAS untuk melangsungkan perlawanan akhir.

Samarahan berjaya mara ke final selepas menyingkirkan juara bertahan, Bintulu dengan agregat (4-2).

Manakala, Kuching pula mara selepas mengatasi Serian dengan agregat (8-2).

Aksi final kedua-dua pasukan dari Zon Selatan terbabit kelak dijangka sengit kerana masing-masing turun dengan satu misi iaitu memburu kemenangan untuk bergelar juara.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU