ARTIKEL

SELESAI MESYUARAT...Barisan Exco ATAS pada mesyuarat tersebut.

ATAS Fokus Cungkil Bakat Pelapis Sepak Takraw Bawah 21 Tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain pelapis berbakat menjadi fokus Akademi Takraw Satok (ATAS) bagi memperkasakan pembangunan sukan sepak takraw khususnya di Bahagian Kuching dan Sarawak amnya.

Justeru, bagi merealisasi impian ke arah itu badan induk berkenaan memberi tumpuan dengan Pertandingan Sepak Takraw Belia Bawah 21 Tahun.

Setiausaha ATAS, Jaya Awang menegaskan, kejohanan terbabit antara yang dibincangkan pihaknya pada mesyuarat bulanan ATAS yang berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka di bandar ini semalam.

“Kita mengadakan mesyuarat bulanan bersama barisan exco yang lain semalam.

“Pertandingan tersebut antara yang dibincangkan,” ujar Jaya kepada Arena Suara Sarawak.

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Pengerusi ATAS, Abang Kamarulzaman Abang Drashid.

Beliau akui, usaha pihaknya menganjurkan pertandingan tersebut pada dasarnya bukan sahaja dapat memberi peluang kepada pemain peringkat umur tersebut mengetengahkan bakat mereka.

Pada masa yang sama, mampu menghidupkan semula semangat sukan sepak takraw di peringkat akar umbi.

“Tanpa pertandingan, tiada medan untuk menguji kemampuan dan tanpa peluang, bakat mungkin terpendam,” tambah Jaya.

BERITA LAIN

X-ONE VT juara kejohanan bola tampar campuran

SIBU JAYA: X-ONE VT dari Mukah muncul juara Kejohanan Bola Tampar Campuran Terbuka Josiah Empire 2026 selepas menewaskan pasukan lain dalam kejohanan yang berlangsung di

BERITA TERBARU

Ding terus dekati penjaja, masyarakat Bintangor

BINTANGOR: Usaha mendekatkan diri dengan masyarakat terus menjadi keutamaan Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Bintangor, Datuk Ding Kuong Hiing menerusi kunjungan berterusan ke pasar