ARTIKEL

Ancaman Serangan Buaya, Penduduk Diminta Berhati-hati

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DARO: Kehadiran buaya bersaiz besar yang semakin menghampiri kawasan penempatan di Batang Lassa, Pulau Bruit dan Daro, menimbulkan kebimbangan tahap keselamatan penduduk yang masih bergantung kepada sungai untuk menjalankan urusan harian.

Kebimbangan itu bukan tanpa alasan apabila seekor buaya sepanjang 5.43 meter dengan berat dianggarkan melebihi 600 kilogram berjaya ditangkap Penangkap Buaya Berlesen Sibu di Kampung Sedi, Pulau Bruit, semalam selepas haiwan berkenaan diburu selama dua minggu kerana dikaitkan dengan ancaman terhadap penduduk di sekitar muara Batang Paloh.

Kejadian itu sekali lagi memperlihatkan risiko kehadiran reptilia berkenaan di perairan sekitar Daro, lebih-lebih lagi apabila insiden serangan terhadap manusia pernah dilaporkan berlaku di kawasan berkenaan.

Tahun lalu, seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dilaporkan menjadi mangsa serangan buaya di Sungai Kelai, Pulau Bruit, manakala enam tahun sebelumnya, seorang remaja seusia turut diserang berhampiran sebuah rumah panjang di Tanjung Manis.

Rekod tangkapan sebelum ini turut menunjukkan ancaman haiwan pemangsa itu masih wujud apabila pasukan sama berjaya menumpaskan seekor buaya jantan sepanjang lebih 13 kaki dengan berat kira-kira 280 kilogram di Kampung Sebenak, Daro, pada Mei lalu.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daro, Hasman Bakar berkata, insiden terbaharu itu membuktikan risiko serangan buaya perlu diberikan perhatian serius, terutama dalam kalangan penduduk yang kerap melakukan aktiviti di kawasan sungai.

Katanya, penyusutan habitat semula jadi dipercayai antara punca haiwan berkenaan semakin kerap menghampiri kawasan yang menjadi tumpuan manusia.

“Perubahan keadaan persekitaran serta kegiatan manusia di sepanjang sungai berkemungkinan mendorong reptilia berkenaan mencari kawasan baharu sehingga menghampiri penempatan penduduk.

“Situasi ini menyebabkan pergerakan buaya semakin hampir dengan kawasan yang sering digunakan masyarakat, sekali gus meningkatkan risiko pertembungan antara manusia dengan haiwan berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Hasman berkata, penduduk yang menjadikan sungai sebagai sumber kehidupan perlu lebih berwaspada kerana ancaman serangan boleh berlaku tanpa diduga, khususnya ketika melakukan kegiatan menangkap ikan, mandi atau membersihkan pakaian di sungai.

Beliau menasihatkan masyarakat supaya tidak mengambil mudah risiko berkenaan dan mengelakkan aktiviti di kawasan sungai yang dikenal pasti mempunyai kelibat atau kehadiran buaya.

BERITA LAIN

Sistem pegawai integriti Sarawak diiktiraf IACA

KUCHING: Sistem pegawai integriti yang dibangunkan Sarawak mendapat pengiktirafan Akademi Antirasuah Antarabangsa (IACA) kerana pendekatannya yang unik dan berpotensi dijadikan contoh kepada wilayah serta negara

GPS perkemas persiapan hadapi PRU Sarawak Ke-13

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) mempergiat persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak Ke-13 menerusi penyelarasan jentera operasi yang melibatkan semua parti komponennya. Timbalan Premier

BERITA TERBARU

Nembiak IPTA deka ampit FTES

KOTA SAMARAHAN: Perintah Sarawak merambu ngerembaika inisiatif Pelajar Tinggi Pechuma Sarawak (FTES) ngagai anak Sarawak ti nampung pelajar ba palan pelajar tinggi perintah (IPTA). Premier