ARTIKEL

Admania FC Cipta Sejarah, Juara Dua Musim Berturut-turut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Admania FC mencipta sejarah sebagai pasukan pertama mempertahankan kejuaraan Piala Liga Juara selama dua musim berturut-turut selepas menewaskan ABF FC 1-0 dalam aksi final edisi 2026, baru-baru ini.

Kejohanan Piala Liga Juara 2026 menyaksikan penyertaan lapan pasukan daripada keseluruhan 15 pasukan yang bersaing dalam Liga Perdana Tunku.

Pengurus pasukan Admania FC, Mohd Raffli Marzuki berkata, kejayaan itu amat berharga selepas barisan pemain berjaya mengharungi perlawanan berintensiti tinggi untuk memastikan gelaran juara kekal menjadi milik pasukan.

“Kejayaan ini amat bermakna kerana kami berjaya mempertahankan kejuaraan untuk dua musim berturut-turut dalam kempen Liga Juara.

“Perlawanan akhir kali ini mempunyai intensiti yang sangat tinggi dan benar-benar menguji kekuatan pasukan untuk merealisasikan impian menjadi pasukan pertama menjuarai Liga Juara dua tahun berturut-turut,” katanya kepada Suara Sarawak, hari ini.

Menurut Raffli, kepercayaan kemampuan pemain, disiplin tinggi serta persediaan rapi sebelum perlawanan menjadi antara faktor utama kejayaan Admania mengekalkan prestasi konsisten sepanjang kejohanan.

“Kami sentiasa percaya kepada kemampuan setiap pemain dan memberikan penekanan terhadap disiplin serta memastikan mereka berada dalam keadaan bersedia sebelum turun beraksi,” jelasnya.

Dalam pada itu, Raffli berkata, Admania kini mengalihkan tumpuan kepada persiapan musim 2027 dengan sasaran memburu kedudukan terbaik dalam Liga Perdana Tunku, selain mempertahankan kejuaraan Piala Liga Juara sekali lagi.

Pada aksi final berkenaan, Admania memperoleh jaringan kemenangan hasil gol sendiri pemain ABF FC, sekali gus memastikan keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Kemenangan itu membolehkan Admania membawa pulang hadiah wang tunai RM600 berserta piala dan pingat sebagai ganjaran mempertahankan kejuaraan.

Sementara itu, pemain Admania, Iqmal Mustaqim turut mencuri tumpuan apabila dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan hasil persembahan cemerlang pada aksi penentuan kejuaraan itu.

Terdahulu, Admania mengesahkan kemaraan ke final selepas menyingkirkan CRC FC menerusi kemenangan agregat 3-1 pada peringkat separuh akhir.

Kedua-dua pasukan terlebih dahulu terikat 1-1 pada aksi separuh akhir pertama sebelum Admania mencatat kemenangan 2-0 dalam pertemuan kedua untuk menempah tempat ke pentas final.

BERITA LAIN

X-ONE VT juara kejohanan bola tampar campuran

SIBU JAYA: X-ONE VT dari Mukah muncul juara Kejohanan Bola Tampar Campuran Terbuka Josiah Empire 2026 selepas menewaskan pasukan lain dalam kejohanan yang berlangsung di

Sarawak raih dua podium Sukan Sorak KBS 2026

KUCHING: Sarawak mencatat kejayaan berganda apabila meraih tempat ketiga masing-masing dalam kategori berpasukan gaya bebas Bawah 12 Tahun (B-12) dan Bawah 18 Tahun (B-18) pada

BERITA TERBARU

Nembiak IPTA deka ampit FTES

KOTA SAMARAHAN: Perintah Sarawak merambu ngerembaika inisiatif Pelajar Tinggi Pechuma Sarawak (FTES) ngagai anak Sarawak ti nampung pelajar ba palan pelajar tinggi perintah (IPTA). Premier

Sekularship perubat Timur – Barat

KOTA SAMARAHAN: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merambu Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) nengah Yayasan Sarawak nyendia sekularship penuh ngagai nembiak