ARTIKEL

X-ONE VT juara kejohanan bola tampar campuran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU JAYA: X-ONE VT dari Mukah muncul juara Kejohanan Bola Tampar Campuran Terbuka Josiah Empire 2026 selepas menewaskan pasukan lain dalam kejohanan yang berlangsung di Pusat Sukan Komuniti Azman Hashim Sibu Jaya, baru-baru ini.

Tempat kedua menjadi milik Hornbill Volleyball Club 1, manakala kedudukan ketiga bersama disandang Gen-Z dan Hornbill Volleyball Club 2, masing-masing dari Sibu.

Pihak penganjur menyampaikan hadiah kepada pemenang kejohanan tersebut.

Kejohanan itu turut menyaksikan beberapa pasukan menerima pengiktirafan menerusi kategori khas, termasuk Anugerah Jersi Pasukan Terbaik yang dimenangi Swan City VT dari Sibu, X-ONE VT dari Mukah dan Bradiq VT dari Sibu.

Hornbill Volleyball Club 2 pula dipilih sebagai Most Promising Team, manakala Ketam Gemok Volleyball Squad dari Sri Aman menerima Anugerah Fair Play Team.

Pihak penganjur menyampaikan hadiah kepada pemenang kejohanan tersebut.

Bagi kategori individu, Kelvin Wong Kee Chong daripada Team BOS, Sibu dinobatkan sebagai Pemain Veteran Terbaik, manakala Tiong Chee Kieng daripada Hornbill Volleyball Club 1 menerima Anugerah Jurulatih Terbaik.

Anugerah Pengurus Terbaik diberikan kepada Olis Annuar daripada X-ONE VT, Mukah, sementara Alexander Abot daripada pasukan sama menerima pengiktirafan sebagai Overall Best Setter.

Pihak penganjur menyampaikan hadiah kepada pemenang kejohanan tersebut.

Daren Kung Teck Guan daripada Hornbill Volleyball Club 1 dipilih sebagai Overall Best Blocker, manakala Mohd Elzlan Ilham daripada X-ONE VT menerima Anugerah Overall Best Spiker.

Bagi kategori Best Receiver, Pau Kek Siik daripada Hornbill Volleyball Club 1 memenangi kategori wanita, manakala Mohd Aiman Basri daripada X-ONE VT dinobatkan sebagai Best Receiver Lelaki.

Roslind Nee dan Kho Lu Sing daripada Hornbill Volleyball Club 1 masing-masing menerima anugerah Most Promising Player bagi kategori wanita dan lelaki.

Mohd Elzlan Ilham turut mengungguli kategori Most Valuable Player (MVP) lelaki, manakala Abby Ting Yu Siang daripada X-ONE VT dinobatkan sebagai MVP wanita.

Menurut Jawatankuasa Penganjur Josiah Empire, kejohanan selama tiga hari itu bukan sahaja menjadi medan persaingan antara pasukan, malah memberi peluang kepada pemain untuk mempamerkan bakat serta semangat kesukanan.

Jawatankuasa itu turut menzahirkan penghargaan kepada tetamu kehormat, penaja, pegawai kejohanan, pengadil, petugas teknikal, pihak media, sukarelawan dan penyokong yang membantu menjayakan penganjuran kejohanan berkenaan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU