ARTIKEL

Datuk Ding Kuong Hiing meluangkan masa menyantuni penjaja kecil di Pasar Tamu Bintangor.

Ding terus dekati penjaja, masyarakat Bintangor

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTANGOR: Usaha mendekatkan diri dengan masyarakat terus menjadi keutamaan Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Bintangor, Datuk Ding Kuong Hiing menerusi kunjungan berterusan ke pasar tamu bagi bertemu penjaja kecil serta pengunjung di tapak itu.

Menerusi pendekatan secara bersemuka itu, beliau mengambil kesempatan bertukar pandangan, bertanya khabar dan mendapatkan maklum balas keadaan serta keperluan golongan peniaga yang mencari rezeki di pasar berkenaan.

Kuong Hiing berkata, aktiviti turun padang seperti itu bukan sesuatu yang baharu baginya kerana sudah menjadi sebahagian daripada pendekatan beliau ketika menyandang jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong sebelum ini.

Katanya, kunjungan tersebut juga memberi peluang kepadanya untuk mengetahui sendiri perkembangan semasa masyarakat, khususnya cabaran yang dihadapi penjaja dalam menjalankan perniagaan harian.

“Dalam kunjungan ini, saya dapat bertemu dan berbual secara langsung dengan para penjaja serta orang ramai yang mengunjungi pasar tamu,” katanya kepada Suara Sarawak, hari ini.

Beliau menegaskan, hubungan antara pemimpin dengan masyarakat tidak seharusnya terbatas kepada pertemuan rasmi, sebaliknya perlu diperkukuh melalui interaksi berterusan dan komunikasi secara terbuka.

Katanya, kesediaan mendengar pandangan serta memahami masalah rakyat merupakan antara aspek penting dalam memastikan setiap keperluan masyarakat mendapat perhatian sewajarnya.

BERITA LAIN

Ancaman Serangan Buaya, Penduduk Diminta Berhati-hati

DARO: Kehadiran buaya bersaiz besar yang semakin menghampiri kawasan penempatan di Batang Lassa, Pulau Bruit dan Daro, menimbulkan kebimbangan tahap keselamatan penduduk yang masih bergantung

BERITA TERBARU

Ancaman Serangan Buaya, Penduduk Diminta Berhati-hati

DARO: Kehadiran buaya bersaiz besar yang semakin menghampiri kawasan penempatan di Batang Lassa, Pulau Bruit dan Daro, menimbulkan kebimbangan tahap keselamatan penduduk yang masih bergantung