ARTIKEL

Mohd. Hairulasfia…Jurulatih Sri Aman

Jurulatih SYFA dan M2L FC curah khidmat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Lembaran sejarah tercipta bagi Akademi Bola Sepak Remaja Samarahan (SYFA) dan Kelab Bola Sepak Mo2uang Legacy (M2L) apabila jurulatih badan induk tersebut, Mohd. Hairulasfia Hasbi dan Awang Asaaraf Alfi Awang Ismail Nazaruddin, diberi peluang mencurahkan khidmat kepada dua pasukan yang akan beraksi dalam Liga Premier Sarawak 2026 (SPL 2026).

Mohd. Hairulasfia Hasbi diberi kepercayaan oleh Persatuan Bola Sepak Bahagian Sri Aman (FASA) untuk mengemudi skuad sang merpati putih.

Sementara itu, Awang Asaaraf Alfi Awang Ismail Nazaruddin diberi peluang oleh Persatuan Bola Sepak Bahagian Samarahan (PBBS) untuk menjadi jurulatih penjaga gol skuad Samarahan untuk tujuan yang sama.

Jurulatih penjaga gol…Awang Asaaraf

Setiausaha SYFA, Abdul Muhtalip Tegak, mewakili badan induk tersebut (SYFA dan M2L) menzahirkan ucapan terima kasih kepada FASA dan PBBS atas kepercayaan yang diberikan kepada kedua-dua jurulatih tersebut.

“Kita di SYFA dan M2L merakamkan ucapan terima kasih kepada FASA dan PBBS kerana memberi kepercayaan kepada kedua-dua jurulatih tersebut untuk mencurahkan khidmat mereka.

“Diharap kedua-dua mereka dapat memberikan yang terbaik. Dengan kata lain, mencetuskan evolusi yang boleh menjurus kepada kecemerlangan dan kejayaan pasukan masing-masing dalam SPL 2026,” ujar Muhtalip kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Muhtalip, kedua-dua jurulatih tersebut telah memulakan tugas masing-masing bagi mempersiapkan pasukan mengharungi kempen SPL 2026 yang akan membuka tirai pada 15 Ogos ini.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU