ARTIKEL

Juruterbang terbunuh dalam nahas pesawat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEORANG juruterbang maut dalam nahas pesawat ringan di kawasan luar bandar Australia Barat (WA) pada pagi Rabu, lapor Xinhua.

Perkhidmatan kecemasan dikerahkan susulan laporan kemalangan berhampiran bandar kecil Malabaine, kira-kira 90 kilometer timur laut Perth di wilayah Wheatbelt WA itu, kira-kira 10.50 pagi waktu tempatan pada Rabu.

Polis berkata, juruterbang berkenaan, yang memandu seorang diri, ditemui anggota kecemasan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Jurucakap Biro Keselamatan Pengangkutan Australia memberitahu Perbadanan Penyiaran Australia bahawa agensi itu maklum akan insiden tersebut dan telah memulakan siasatan. – BernamaXinhua

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU