ARTIKEL

Kadar bantuan kebajikan dinaikkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan menaikkan kadar bantuan kebajikan bulanan kepada golongan rentan termasuk orang kurang upaya (OKU).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kadar bantuan OKU tidak berupaya bekerja akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

“Kadar bantuan warga emas dan bantuan penjagaan OKU dan pesakit kronik terlantar dinaikkan daripada RM350 kepada RM500,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Selain itu, beliau berkata kadar elaun pekerja OKU juga dinaikkan daripada RM400 kepada RM450.

Tengku Zafrul berkata, kadar bantuan kanak-kanak keluarga miskin dinaikkan daripada RM100 seorang anak dengan maksimum RM450 sekeluarga, kepada RM150 seorang anak berumur tujuh tahun hingga 18 tahun atau RM200 ringgit seorang anak berumur enam tahun dan ke bawah dengan maksimum RM1,000 sekeluarga.

Katanya,peningkatan kadar ini diharap membantu dengan penjagaan anak-anak serta nutrisi makanan.

“Contohnya, jika Puan Safiah mempunyai tiga anak dengan dua daripadanya berusia enam tahun ke bawah dan suaminya OKU bekerja, keluarganya beliau akan mendapat bantuan RM1,000 sebulan.

“Kenaikan kadar ini membabitkan peruntukan sebanyak RM2.2 bilion iaitu tambahan sebanyak RM700 juta dan memanfaatkan lebih daripada 400,000 penerima,” katanya.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan