ARTIKEL

Kadar kebolehjangkitan COVID-19 tertinggi di Kelantan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kelantan merekodkan kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau R naught (Rt) tertinggi di seluruh negara semalam pada kadar 1.53 berbanding kadar kebangsaan 1.16.

Kementerian Kesihatan menerusi infografik disiarkan di Twitter rasmi kementerian memaklumkan negeri itu merekodkan kes baharu tertinggi semalam dengan 663 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Menerusi hantaran sama, antara negeri yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan tertinggi termasuk Kuala Lumpur dengan 1.29, diikuti Melaka 1.23 dan Kedah 1.18.

Sementara itu, nilai Ro/Rt Kebangsaan pula naik sedikit kepada 1.16 daripada 1.15 sebelum ini.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan Dr Izani Husin dilaporkan, berkata peningkatan ketara kes baharu negeri itu telah menyebabkan fasiliti hospital dan Pusat Kuarantin Risiko Rendah (PKRC) COVID-19 penuh dan petugas kesihatan tidak mencukupi.

Semua jajahan di Kelantan kini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 29 April susulan peningkatan ketara kes COVID-19 di negeri ini.

Jajahan Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tumpat dan Tanah Merah dikenakan PKP bermula 16 April manakala PKP di Jajahan Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang bermula semalam.

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU