ARTIKEL

KAEDAH PERANCANG KELUARGA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ISTILAH perancangan keluarga memiliki perbezaan pandangan dan keperluan untuk sesebuah keluarga.

Ada yang merancang atas faktor kesihatan dan digalakkan oleh doktor atau merancang disebabkan faktor ekonomi.

Merancang kehamilan boleh menjadi tindakan bijak dan bertanggungjawab.

Ia penting untuk mewujudkan keluarga yang sihat dan ceria dengan anggaran bilangan, jarak dan masa kehamilan yang sesuai.

Tidak dinafi kan anak membawa rezeki, namun setiap rezeki itu amanah dan tanggungjawab yang perlu diuruskan dengan baik.

Dalam konsep merancang, para suami dapat menyediakan kemudahan asas mengikut kemampuan fi zikal, mental, sosial dan ekonomi keluarga.

Selain itu, perancangan keluarga memberi banyak kebaikan kepada para ibu.

Para ibu berasa lebih bersedia untuk hamil dari segi kesihatan, mental dan sosial. RUJUK DOKTOR Jika diabaikan, para ibu mungkin menjadi penat terutama dalam menguruskan perihal rumah tangga, peribadi dan anak yang masih menyusu.

Justeru, penting bagi pasangan berkahwin mengetahui jenis perancang yang disarankan oleh pihak kesihatan.

Menurut perkongsian dalam buku Rekod Kesihatan Bayi dan Kanakkanak, kaedah merancang yang terbukti berkesan secara saintifik ialah kontraseptif moden iaitu pil, suntikan, implan, alat yang dimasukkan ke dalam rahim, kondom dan pemandulan untuk wanita dan lelaki.

Terdapat kaedah dengan amalan seperti tempoh selamat.

Bagi kaedah pil  perancang mengandungi hormon sintetik pencegah kehamilan dalam bentuk progestogen sahaja atau kombinasi estrogen dan progestrogen.

Fungsi pil perancang ini adalah untuk mencegah ovulasi atau dalam erti kata mudah, mencegah pengeluaran telur oleh wanita.

Ia juga menjadikan lendir serviks lebih pekat dan menyukarkan pergerakan sperma.

Ia menjadikan dinding rahim nipis dan tidak sesuai untuk pelekatan janin.

Cara penggunaannya pula adalah dengan memulakan makan pil perancang pada hari kelima haid – ambil satu biji sehari selama 21 hari berturutturut.

Cara ini hendaklah diulang semula selepas berhenti pengambilan pil perancang selama tujuh hari.

Kaedah seterusnya adalah dengan menggunakan suntikan – hormon sintetik pencegah kehamilan yang diberi secara suntikan.

Kaedah ini merupakan pilihan ramai wanita kerana ia memberi kesan jangka panjang.

Fungsinya sama seperti pil perancang, namun suntikan hanya diberi setiap tiga bulan dan keberkesanannya hampir 100 peratus.

Kaedah ini amat sesuai bagi ibu yang masih menyusukan bayi.

Antara pilihan lain adalah dengan memasukkan alat ke dalam rahim dan penggunaan kondom.

PEMANDULAN

Dalam kategori jangka masa panjang pula, terdapat kaedah pemandulan untuk wanita dan lelaki.

Ia kaedah pencegah kehamilan bersifat kekal dengan pembedahan kecil terhadap wanita dengan kedua-dua salur falopio “diikat”. Bagi lelaki pula, ia melibatkan pembedahan kecil dengan kedua-dua salur sperma diikat.

BERITA LAIN

KESIHATAN nikmat tidak ternilai

KESIHATAN merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Dengan tubuh yang sihat, seseorang dapat melaksanakan ibadah, mencari rezeki, menuntut ilmu dan

Tiga kursus buka perspektif baharu

PADA 6 dan 7 Oktober lalu, saya menghadiri kursus AI for Admin, HR & Secretaries di sebuah hotel di pusat bandar raya Kuching. Kursus selama

BERITA TERBARU

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil