ARTIKEL

Kaishu Yamazaki, Wenzel-Halls sumbang gol sulung bersama Kuching City FC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Gol sulung Kaishu Yamazaki dan Dylan Wenzel-Halls ketika membantu Kuching City FC (KCFC) menewaskan Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) 5-1 dalam aksi timbal balik pusingan 16 Piala FA 2026-2027 menjadi detik yang amat bermakna.

Bagi Yamazaki, jaringan pada minit ke-80 itu jelas penuh emosi apabila pemain import Jepun berkenaan kelihatan sebak selepas berjaya mencatat gol pertamanya bersama The Cats.

“Saya sangat gembira dapat menjaringkan satu gol untuk Kuching. Saya masih jauh daripada prestasi terbaik, tetapi saya akan cuba memperbaiki permainan dan membantu pasukan dengan lebih baik. Terima kasih,” katanya selepas perlawanan.

Pemain tengah berusia 29 tahun itu sepanjang perlawanan turut mempamerkan aksi penuh komitmen, dengan kawalan bola yang kemas, ketenangan menguasai bahagian tengah serta kebijaksanaan mengatur permainan.

Yamazaki, yang menyarung jersi nombor 88, menyertai KCFC menerusi perpindahan percuma daripada Kaya FC-Iloilo di Filipina selepas mempunyai pengalaman beraksi di beberapa liga Asia dan Eropah.

Dilahirkan di Chiba, Jepun pada 12 Julai 1997, pemain setinggi 1.82 meter itu boleh berperanan sebagai pemain tengah bertahan selain perancang permainan dari bahagian bawah.

Beliau memulakan karier bersama Iwaki FC sebelum beraksi di Singapura bersama Albirex Niigata Singapore, Lion City Sailors dan Hougang United.

Yamazaki kemudian meneruskan karier di Eropah bersama Mosta FC di Malta, sebelum beraksi di Liga 1 Indonesia bersama Persikabo 1973 dan seterusnya Kaya FC-Iloilo.

Dylan Wenzel-Halls

Sementara itu, Wenzel-Halls turut mencipta detik istimewa apabila membuka akaun golnya bersama KCFC menerusi jaringan pembukaan pada minit ke-10.

Penyerang Australia itu menyudahkan hantaran lintang Filemon Anyie dengan rembatan tepat ke penjuru gawang KRW FC untuk memberikan KCFC kelebihan awal.

Wenzel-Halls, 28, menyertai The Cats pada jendela perpindahan pertengahan musim selepas menjadi antara watak penting Penang FC selama dua musim, dengan rekod 20 gol dan 15 bantuan gol daripada 56 penampilan menurut laporan yang diberikan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU