ARTIKEL

Kaji gabung GST, SST untuk sistem cukai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Kerajaan bersedia untuk mengkaji cadangan menggabungkan elemen Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) untuk memastikan sistem percukaian negara yang lebih progresif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan bagaimanapun berkata Malaysia masih akan mengekalkan SST sebagai sistem percukaian negara, namun akan dipertimbangkan sekiranya terdapat beberapa ciri (dalam GST) yang boleh diterima.

“Tetapi saya tidak mahu bertolak ansur dalam satu hal… saya tidak mahu cukai ke atas rakyat secara menyeluruh sepertimana pangkal (asas) pandangan dalam GST,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri sesi penutup Majlis Libat Urus Belanjawan 2027 di sini.

Perdana Menteri berkata, beliau pada dasarnya tidak bersetuju dengan GST berikutan ia adalah sistem percukaian yang lebih meluas, dengan cukai berkenaan dikenakan kepada seluruh rakyat.

Anwar berkata, menerusi sistem percukaian GST, semua lapisan rakyat akan terkesan termasuk kumpulan yang mempunyai kekangan ekonomi.

“Kalau bercakap mengenai GST sahaja, yang saya bimbangkan, dan telah saya lahirkan kebimbangan ini berulang kali ialah, (cukai) ini nak cukai rakyat.

“Walaupun ada yang mengatakan cukai ini (lebih) efisien, tetapi ia cukai (kepada) rakyat, maknanya orang yang tidak pernah bayar cukai, mesti bayar. Bagaimana kita mahu menjawab dalam keadaan sekarang? Dengan kos sara hidup, (ia akan menjadi) beban kepada rakyat,” kata Perdana Menteri. – Bernama 

BERITA LAIN

Teknologi dan skala perniagaan kunci kenaikan gaji pekerja

KUALA LUMPUR: Penggunaan teknologi dan peningkatan skala perniagaan mampu memperkukuh produktiviti serta keupayaan syarikat untuk mengembalikan hasil pertumbuhan kepada pekerja menerusi kenaikan gaji. Menteri Ekonomi,

BERITA TERBARU