ARTIKEL

Azman menerima cenderahati daripada Pengarah JTK Sarawak, Jamillah Putit pada pada Majlis Pelancaran Mahkamah Buruh Bergerak Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sarawak, di sini, hari ini.

Kaji Keperluan Tambah Pegawai Pengendali Kes Buruh Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Keperluan menambah bilangan pegawai berkemahiran serta menyemak gred perjawatan dan kadar imbuhan antara perkara yang sedang diteliti bagi memperkukuh kecekapan pengendalian kes perburuhan di Sarawak.

Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), Datuk Azman Mohd Yusof berkata, penelitian itu bertujuan memastikan pegawai yang mengendalikan pertikaian pekerjaan mempunyai kepakaran, sokongan tenaga kerja dan kemudahan yang mencukupi untuk melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan.

Menurutnya, penambahbaikan berkenaan perlu mengambil kira keperluan tenaga kerja serta kesesuaian struktur perjawatan supaya selaras dengan tanggungjawab dan beban tugas pegawai terlibat.

“Kita tengok dari segi bilangannya supaya dicukupkan, kita tengok dari segi grednya supaya mereka juga dibayar gaji yang setimpal,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Mahkamah Buruh Bergerak Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sarawak, di sini, hari ini.

Azman berkata, penggunaan teknologi moden turut perlu diberikan perhatian, termasuk potensi penerapan kecerdasan buatan (AI) dalam sistem pengurusan kes bagi membantu pegawai merujuk kes terdahulu dan mempercepat proses penyelesaian pertikaian.

Beliau menjelaskan bahawa usaha meningkatkan kecekapan perkhidmatan perlu dilaksanakan secara menyeluruh, merangkumi penilaian semula dasar, prosedur kerja, penggunaan teknologi serta keupayaan sumber manusia.

Mengulas jumlah kes perburuhan, beliau berkata, peningkatan aduan tidak semestinya menggambarkan pertambahan masalah pekerjaan, sebaliknya mungkin mencerminkan tahap kesedaran masyarakat yang semakin tinggi dengan hak dan saluran perundangan yang tersedia.

Menurutnya, peningkatan atau penurunan jumlah kes bukan ukuran utama, sebaliknya perkara yang lebih penting ialah memastikan setiap pertikaian dapat ditangani dan diselesaikan secara adil serta saksama.

Dalam pada itu, Azman turut menekankan kepentingan mengurangkan kerenah birokrasi bagi memudahkan urusan rakyat serta memastikan perkhidmatan kerajaan dapat disampaikan dengan lebih cekap dan mudah diakses.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU