ARTIKEL

Kakitangan AIM terlibat kemalangan meninggal dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KABONG: Seorang lelaki yang terlibat kemalangan merempuh pokok di Batu 3 Kabong disahkan meninggal dunia oleh pihak petugas Klinik Kesihatan Kabong kira-kira jam 2 petang tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Isyam Bin Suli berasal dari Kampung Hilir Tebelu berusia dalam lingkungan 40-an.

Ketika kejadian mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR berwarna biru.

Dalam kejadian kira-kira jam 1. 30 petang mangsa datang dari arah pekan Kabong sedang dalam perjalanan ke Roban. Mangsa bagaimanapun hilang kawalan semasa melalui kawasan selekoh dan merempuh pokok di bahu jalan raya.

Akibat daripada perlanggaran kuat mangsa terpelanting di bahu jalan dengan motosikalnya rosak teruk.

Mangsa yang masih bujang merupakan seorang kakitangan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ditemui penguna jalan raya lain dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dibawa ke Klinik Kesihatan Kabong untuk mendapat rawatan.

Bagaimanapun mangsa gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di klinik berkenaan

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Saratok dengan kenderaan polis kira-kira jam 4 petang tadi untuk urusan selanjutnya.

 

 

 

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU