ARTIKEL

Kami mahu LRT

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KOTA SAMARAHAN: Penduduk Kota Samarahan menyokong cadangan untuk membina Aliran Transit Ringan (LRT) bagi mengurangkan kesesakan jalan raya di sini.

Terdahulu Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyatakan Kerajaan Sarawak mempunyai pelan penyelesaian untuk mengatasi masalah ke sesakan kawasan Kota Sentosa, namun terdapat segelintir pihak mendakwa ia satu pembaziran.

Meskipun demikian, katanya, jika rakyat menginginkan LRT dibina Kerajaan Sarawak akan melaksanakannya.

Menurut Abang Johari, masalah kesesakan lalu lintas semakin serius di Kota Sentosa dan Kota Samarahan kerana kedua-duanya mempunyai rangkaian laluan ke Serian.

Mimi Norazazimah Mohiddin berkata, kewujudan LRT boleh menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam dan mencadangkan kawasan laluan diperluaskan.

“LRT boleh menggalakkan masyarakat menggunakan pengangkutan awam selain daripada bas dan sebagainya bagi mengatasi kesesakan jalan raya.

“Sekiranya LRT ini dibina nanti, saya ingin mencadangkan supaya ia boleh diperluas hingga ke Serian dan kawasan seperti Lapangan Terbang Kuching,” kata penjawat awam tersebut.

Nur Hafiffy Shazleen Mohd Hisyam menyatakan bahawa dia sangat bersetuju jika LRT dibina di kawasan Kota Samarahan kerana ia akan memudahkan perjalanan pada waktu puncak.

Baca lain  Projek terbesar Sarawak

“Saya sangat bersetuju jika LRT dibina di sini kerana ia boleh mengurangkan kesesakan jalan raya dan membawa perubahan besar kepada jalan raya kita nanti.

“Ia juga akan memudahkan perjalanan pada waktu puncak terutama bagi mereka yang bekerja di Kuching dan sebagainya,” jelas pekerja di salah sebuah syarikat tempatan ini.

Bagi Khairiah Taher pula, dia menyokong sepenuhnya jika LRT dibina di Kota Samarahan kerana ia memudahkan kesemua penduduk di sini.

“Saya menyokong pembinaan LRT di kawasan Kota Samarahan kerana ia mampu mengurangkan kesesakan jalan raya dan orang ramai akan mula menggunakan pengangkutan awam berbanding kenderaan peribadi.

“LRT ini juga akan memudahkan perjalanan semua penduduk di sekitar Kota Samarahan termasuk pelajar menuntut di Unimas, UiTM dan banyak lagi,” ujarnya.

Heziatul Hikma Pogi berkata, dia bersetuju jika Kota Samarahan mempunyai LRT kerana banyak faedah yang boleh kita nikmati termasuk perkembangan ekonomi.

“Saya bersetuju jika LRT dibina di sini kerana kesesakan jalan raya boleh dikurangkan dan penduduk boleh menjimatkan perbelanjaan untuk mengisi minyak kereta.“Sekiranya LRT dibina, ia boleh menyumbang kepada perkembangan ekonomi di kawasan ini dan boleh menghubungkan kita ke kawasan yang lain bagi memudahkan perjalanan para peniaga,” jelasnya.

Baca lain  Pastikan kebajikan pelatih terjaga

Zaidatul Rahmah Zainudin menyatakan, dia bersetuju jika LRT dibina di Kota Samarahan dan bercadang supaya perjala-nannya diperluas ke kawasan menjadi tumpuan masyarakat.

“Pembinaan LRT ini sangat memudahkan perjalanan dan memberikan penyelesaian yang baik kepada masalah kesesakan jalan raya di sini.

“Namun, jika pembinaan LRT ini menghubungkan kita ke kawasan tumpuan seperti pusat bandar dan lapangan terbang, ia akan membawa perubahan besar kepada orang Sarawak,” katanya sambil tersenyum.

BERITA LAIN

Mayat penyelam ditemui terapung

MIRI: Mayat seorang lelaki yang melakukan aktiviti penyelaman di Taman Negara Terumbu Karang Miri/Sibuti kira-kira 19 batu nautika di perairan Miri ditemui terapung tengah hari

Duit sewa rumah boleh disimpan

DISKAUN 50 peratus sewa Skim Perumahan HDC akan dilaksanakan mula Januari hingga Jun depan. Langkah ini akan memberi manfaat kepada lebih 3,200 penyewa Skim Perumahan

Tegas tegur penumpang

KUCHING: Tragedi feri Triso yang berlaku pada hari pertama tahun ini menggemparkan seluruh negara apabila mengorbankan sembilan mangsa sekali gus dengan paling muda berusia empat

Pengalaman berharga wartawan pelatih

KUCHING: Menjalani latihan industri sebelum menamatkan pengajian di universiti sebenarnya bukan setakat memenuhi syarat untuk lulus di peringkat universiti, namun ia akan menjadi pengalaman dan

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,