SERIAN: Beberapa buah rumah di Kampung Mantung Birawan kini dilanda banjir.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada 3.11 petang tadi dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian ke lokasi.
“Air banjir melimpah ke jalan raya setinggi satu kaki setengah dan ada sebahagian rumah terjejas di bahagian dapur,” katanya dalam kenyataan.
Menjelas lanjut, beliau berkata berdasarkan laporan dari ketua kampung terbabit, air Sungai Kedup mula naik kira-kira 7 pagi, hari ini.
Bagaimanapun, katanya setakat ini tiada pemindahan dilakukan.
“Pasukan bomba menasihatkan agar segera berpindah sekiranya paras air semakin naik,” katanya.



