PASUKAN Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Melayu Roban menyapu bersih dua acara kayuhan akhir yang dipertandingkan pada Jaguh Lumba Perau Sungai Seblak bersempena Pesta Roban 2023.
Mengungguli kategori Bidar 10, pasukan itu turut dinobatkan sebagai Raja Sungai Seblak 2023.
Mereka sekali gus pulang dengan wang tunai RM3,000.
Naib juara ialah JKKK Rumah Panjang Punggah dan menerima hadiah RM2,000.
Sementara tempat ketiga yang menawarkan hadiah RM1,500 disandang oleh JKKK Kampung Pagan. JKKK Kampung Tengah Kupang di tangga keempat turut pulang dengan hadiah RM1,000.
Sebuah lagi jentera JKKK Kampung Melayu Roban berada pada kedudukan kelima dan menerima hadiah RM800.
Untuk kayuhan Bidar Tujuh yang juga dikuasai JKKK Kampung Melayu Roban menerima hadiah RM1,800.
JKKK Kampung Masjid Hilir sebagai naib juara mendapat RM1,200. Tempat ketiga disandang JKKK Kampung Melango Lama untuk pulang dengan hadiah RM900.
Tempat keempat dan kelima masing-masing dimenangi oleh JKKK Kampung Pagan (hadiah RM700) dan JKKK Kampung Melayu Roban (hadiah RM500).
Kesemua hadiah disampaikan oleh ADUN Kalaka Mohamad Duri dan ADUN Krian Friday Belik.
Untuk rekod, sebanyak 12 pasukan mengambil bahagian. Mereka ialah JKKK Kampung Tengah Kupang, Kampung Melango Lama Tengah, Kampung Melayu Roban, Kampung Masjid Hulu, Kampung Tanjung Hilir, Kampung Pagan, Rumah Panjang Brues Michael Gomes, Rumah Panjang Punggah, Kampung Empelam, Kampung Hulu Kupang, Kampung Masjid Hilir dan JKKK Rumah Panjang Ikom Senyawan.