ARTIKEL

Kredit: FB Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia

Kampung Pendam, Sadong Jaya dipilih Kampung Angkat MADANI 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) memilih Kampung Pendam, Sadong Jaya, Sarawak sebagai Kampung Angkat MADANI (KAM) bagi 2026 dalam usaha memperkukuh pembangunan komuniti secara inklusif dan berimpak tinggi.

Ketua Pengarah JPPM, Datuk Mohd Zulfikar Ahmad berkata pemilihan ini adalah hasil penelitian bersama Kementerian Kewangan bagi memastikan pelaksanaan program tidak bertindih dengan inisiatif Kampung Angkat MADANI sedia ada di bawah kementerian atau agensi lain.

Beliau berkata pemilihan Kampung Pendam mencerminkan komitmen jabatan dalam memastikan setiap inisiatif pembangunan komuniti dilaksanakan secara tersusun, berfokus dan memberi manfaat berpanjangan kepada masyarakat setempat.

“Pelaksanaan Kampung Angkat MADANI ini bukan sahaja menumpukan pembangunan fizikal, tetapi turut merangkumi aspek kesejahteraan sosial, pengukuhan komuniti serta pemerkasaan ekonomi setempat melalui pendekatan kolaboratif bersama pelbagai pihak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, JPPM memaklumkan Sekolah Kebangsaan (SK) Pendam turut dipilih sebagai Sekolah Angkat MADANI (SAM) JPPM tahun ini.

“Ia selari dengan hasrat kerajaan untuk memperkasakan institusi pendidikan sebagai pemangkin pembangunan komuniti melalui tumpuan kepada infrastruktur kecil, kecemerlangan akademik dan pembangunan sahsiah murid,” menurut kenyataan itu.

Majlis pelancaran Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI JPPM 2026 dijangka disempurnakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Kampung Pendam pada tarikh yang akan ditentukan kelak.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan JPPM dalam menyokong agenda pembangunan MADANI secara kolaboratif ke arah memperkasakan kesejahteraan komuniti secara holistik dan berdaya tahan, menurut kenyataan itu. — Bernama

BERITA LAIN

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali