ARTIKEL

Kampung Pesang terbersih, gondol hadiah RM6,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBURAN: Kampung Pesang dinobatkan sebagai juara Pertandingan Kebersihan dan Landskap Sungai anjuran Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tarat, sekali gus menerima hadiah wang tunai RM6,000 serta piala dan sijil pengiktirafan.

Manakala, Kampung Tarat Mawang naib johan dan Kampung Munggu Kopi di tempat ketiga, dengan masing-masing menerima hadiah wang tunai RM4,000 dan RM2,500 serta piala dan sijil.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn.

Sempena majlis, Roland Sagah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat itu turut melepaskan anak ikan ke dalam sungai yang diiktiraf bersih oleh jawatankuasa pertandingan di Kampung Pesang.

Sebanyak 17 buah kampung di kawasan DUN Tarat mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.

Turut hadir Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Damen Rejek, Kontroler Lembaga Sunga-Sungai Sarawak Ding Tiew Wong, Residen Bahagian Serian Caroline Cleophas Joseph, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Sarawak John Rampai, Pegawai Daerah Siburan Ranum Bari dan Ketua Kampung Pesang Dony Nuong.

BERITA LAIN

PCS diterima sebagai parti komponen GRS

KOTA KINABALU, Sabah: Parti Cinta Sabah (PCS) hari ini diterima sebagai parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kata Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun.

BERITA TERBARU

Sarawak tanam 34 juta pokok

Salah satu punca konflik meningkat ialah kehilangan kawasan hutan dan ia dikaitkan dengan penularan penyakit zoonotik — penyakit daripada haiwan kepada manusia. Faktor lain seperti