ARTIKEL

Yakub (tengah) menyaksikan penyerahan sijil naik taraf surau kepada masjid daripada Muhammad Adib (dua kiri) kepada Yusuf (dua kanan) dalam Majlis Penyerahan Sijil Naik Taraf Surau kepada Masjid, hari ini.

Kampung Seberang Mukah terima peruntukan tambahan bina masjid baru

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Premier Sarawak meluluskan peruntukan tambahan berjumlah RM10 juta bagi pembinaan masjid baharu di Kampung Seberang Mukah, sekali gus menjadikan keseluruhan kos projek tersebut berjumlah RM14.8 juta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi berkata, dana asal bagi projek berkenaan adalah RM4.8 juta dan peruntukan tambahan itu bakal memberikan manfaat besar kepada umat Islam di kawasan tersebut.

“Kelulusan tambahan dana bagi pembinaan masjid baharu tersebut mencerminkan komitmen Kerajaan Sarawak dalam memperkasakan pembangunan syiar Islam.

Samping itu, ia dapat menyediakan kemudahan ibadah yang lebih selesa kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Sijil Naik Taraf Surau kepada Masjid di Masjid Darul Ibadah, Kampung Sungai Alo, di sini, hari ini.

RAKAM KENANGAN… Abdul Yakub merakam kenangan bersama para hadirin selepas majlis tersebut.

Menyentuh mengenai perkara tersebut, beliau memberitahu bahawa dengan pengiktirafan status baharu itu, masjid berkenaan akan terus menjadi pusat ibadat, penyatuan ummah, pendidikan agama serta kebajikan masyarakat Islam di kawasan ini.

“Semoga dengan status baharu ini, masjid kita akan terus diimarahkan dengan solat berjemaah, majlis ilmu, bacaan Al-Quran serta pelbagai aktiviti keagamaan demi manfaat dan kesejahteraan umat Islam,” jelasnya.

Dalam pada itu, Abdul Yakub turut berharap agar segala perancangan dan pelaksanaan pembinaan masjid itu kelak akan dipermudahkan serta berjalan dengan lancar.

Terdahulu, Pegawai Tadbir Agama Islam Bahagian Mukah, Ustaz Muhammad Adib Saini menyerahkan sijil naik taraf surau kepada masjid kepada Pengerusi Masjid Darul Ibadah Kampung Sungai Alo, Yusuf Lai.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU