ARTIKEL

BERCAKAP...Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan, Cr. Tan Kai. Foto: GHAZALI BUJANG

Kampung Stutong Terima Projek Naik Taraf Infrastruktur Bernilai RM300,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan melaksanakan kerja menaik taraf serta pembinaan sistem perparitan menyeluruh dan jalan akses di Kampung Stutong, di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap berkata, projek berkenaan yang melibatkan kos sebanyak RM300,000 akan dilaksanakan menerusi Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2024.

“Ini bagi menangani masalah perparitan, banjir setempat serta keadaan jalan akses yang menjejaskan pergerakan dan keselamatan penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyaksikan majlis penyerahan Surat Setuju Terima kepada kontraktor yang dilantik, Pine Contract and Supplies, di Kampung Stutong, hari ini.

Menurut Wilfred, pelaksanaan projek itu merupakan hasil libat urus berterusan bersama penduduk setempat dan mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Sarawak dalam menyediakan kemudahan infrastruktur berasaskan keperluan rakyat.

Sehubungan itu, beliau menegaskan kepentingan kerjasama erat antara agensi pelaksana, kontraktor dan pihak berkepentingan tempatan bagi memastikan projek disiapkan mengikut jadual serta mematuhi spesifikasi yang ditetapkan.

Beliau turut mengingatkan semua pihak terlibat supaya mengutamakan kualiti kerja dan meminimumkan gangguan kepada penduduk sepanjang tempoh pembinaan, sambil menegaskan pejabatnya akan memantau pelaksanaan projek secara berterusan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU