VANCOUVER: Kanada mencipta kemenangan pertama dalam sejarah penyertaan mereka di Piala Dunia selepas membelasah Qatar 6-0 dalam aksi kumpulan B di Stadium BC Place, hari ini.
Penyerang Juventus, Jonathan David, menjadi tonggak utama kemenangan apabila meledak hatrik, manakala Cyle Larin dan Nathan Saliba masing-masing menyumbang satu gol.
Satu lagi jaringan hadir menerusi gol sendiri pemain Qatar, Mohammad Manai.
Bagaimanapun, perlawanan turut dicemari insiden kecederaan serius membabitkan pemain tengah Kanada, Ismael Kone, selepas dikasari Assim Madibo pada minit ke-51.
Madibo pada awalnya dilayangkan kad kuning sebelum keputusan itu ditukar kepada kad merah selepas semakan VAR.
Kone terpaksa diusung keluar padang dan diberikan bantuan oksigen, dengan laporan awal menyatakan beliau mengalami patah kaki.
Qatar sebelum itu turut beraksi dengan sembilan pemain selepas Homam el-Amin dilayangkan kad merah pada babak pertama. – TVS



