ARTIKEL

Kanak-kanak 11 tahun antara ditahan kes pecah masuk dan curi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun antara sembilan individu yang ditahan berhubung kes pecah masuk dan curi yang berlaku di sebuah kedai kopi berhampiran pusat bandar Sibu, Ahad lalu.

Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, kesemua suspek berusia antara 11 hingga 16 tahun dikenali Kumpulan Dino berjaya ditahan di beberapa lokasi pada Ahad dan Isnin lalu di sekitar pusat bandar Sibu.

“Pada Ahad lepas sekitar jam 7.20 pagi, pihak polis telah menerima satu laporan berhubung kes pecah masuk dan curi di sebuah kedai kopi berhampiran pusat bandar Sibu.

“Bertindak atas maklumat, seramai sembilan kanak-kanak lelaki berumur lingkungan 11 hingga 16 tahun berjaya ditahan di beberapa lokasi pada hari kejadian dan Isnin lepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Zulkipli, beberapa barang kes turut dirampas untuk dijadikan sebagai bahan bukti bagi membantu siasatan.

Ujarnya, modus operandi kumpulan ini menyasarkan kedai kopi dan kedai runcit yang tidak dilengkapi sistem kamera pengawasan (CCTV) pada waktu malam dan pagi. 

“Kesemua suspek yang mula bergiat aktif sejak Mei 2023 akan memecah masuk dengan mengumpil pintu kedai, mencuri pelbagai jenis barangan runcit dan wang tunai.

“Menerusi tangkapan kesemua suspek, pihak polis percaya berjaya menyelesaikan sembilan kes pecah masuk dan curi kedai kopi dan runcit di sekitar pusat bandar Sibu melibatkan nilai anggaran kerugian berjumlah RM10,500,” jelasnya lagi.

Mengulas lanjut, Zulkipli berkata suspek-suspek yang ditangkap adalah di bawah kategori tangkapan kanak-kanak tertakluk di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611] malah ada diantara mereka masih bersekolah.

Katanya, kesemua ahli Kumpulan Dino kini dalam tahanan reman sehingga 3 November 2023 untuk siasatan lanjut. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 14 tahun, didenda atau hukuman sebat bagi kesalahan kedua dan seterusnya,” katanya.

BERITA LAIN

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali