ARTIKEL

Kanak-kanak 12 tahun maut terjatuh flat tingkat 12

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat 12 sebuah flat di Cheras petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras Supt Ridzuan Khalid berkata mangsa ditemukan tidak sedarkan diri di atas rumput di bawah blok bangunan flat perumahan berkenaan oleh orang ramai pada 1.52 tengah hari.

Beliau berkata mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) yang tiba di tempat kejadian bersama pasukan polis.

“Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah ditemukan dalam insiden yang berlaku dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan Khamis.

Ridzuan berkata siasatan lanjut berhubung kes berkenaan akan diteruskan dan orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi Ketua Polis Balai Cheras Inspektor Toh Chee Haur di talian 03-92050301 samb 302 bagi membantu siasatan. — BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah