Banjir kilat di sekitar Bandar Raya Kuching

Kanak-kanak dua tahun hilang ketika bersama ibu tunggu bapa balik kerja

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Lokasi mangsa dipercayai hilang di kawasan Kuari Batu Perigi, Sematan.

SEMATAN: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun hilang ketika sedang bermain berhampiran Kuari Batu Perigi, di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata kejadian dilaporkan kira-kira jam 4.05 petang tadi, ketika mangsa dan ibunya sedang menunggu ayahnya balik bekerja.

“Mangsa disedari hilang oleh ibunya semasa sedang menunggu ayahnya pulang dari kerja di pondok Kuari Batu Perigi.

Lokasi mangsa dipercayai hilang di kawasan Kuari Batu Perigi, Sematan.

“Mangsa kali terakhir dilihat oleh ibunya sedang bermain di luar kawasan pondok belakang rumah kongsi kuari berkenaan.

“Setelah menyedari mangsa tiada bersebelahan, ibu mangsa terus memanggil serta bergegas mencarinya dengan bantuan suami dan beberapa pekerja lain di sekitar kawasan berkenaan namun masih gagal dijumpai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Susulan itu, katanya operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera digerakkan oleh pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu dengan kerjasama polis, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan pekerja Kuari Batu Perigi.

Lokasi mangsa dipercayai hilang di kawasan Kuari Batu Perigi, Sematan.

Operasi SAR dilakukan di sekitar belakang rumah serta kawasan kuari dalam radius dalam 1 kilometer sehingga ke kawasan ladang kelapa sawit.

E-Paper

19 Mac 2023

Latest News

Untung anjur Sukma

KALI pertama Sukan Malaysia dipertandingkan di Sarawak pada 1990, iaitu