ARTIKEL

Abdul Nasri Asyraf bersama anaknya ketika ditemu bual.

Kanak-kanak hilang cerita ‘ada kakak bawa mandi’

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: “Ada orang bawa mereka ke sana, tapi tidak tahu siapa,” beritahu bapa kepada salah seorang kanak-kanak hilang yang dijumpai selamat di Kampung Pasir Pandak, di sini.

Abdul Nasri Asyraf Rahman berkata misteri itu diceritakan anaknya kepada orang kampung yang menjumpai mereka, pagi tadi.

“Semasa dijumpai, orang kampung tanya buat di situ dan mereka beritahu ada kakak membawa mandi,” katanya semasa ditemu-bual.

Justeru, beliau meluahkan rasa bersyukur kerana anaknya yang masih berusia lima tahun bersama-sama seorang lagi kanak-kanak seusianya ditemukan selamat.

“Saya menyangka mereka di dalam hutan tapi rupa-rupanya di tepi pantai,” katanya.

Dua kanak-kanak bersaudara terbabit yang disedari hilang kira-kira jam 11 pagi semalam, ditemukan selamat oleh penduduk kampung pada jam 9.05 pagi tadi di lokasi Batu Gelingan berhampiran pantai.

Terdahulu, kedua-duanya dilaporkan keluar kira-kira jam 9 pagi semalam menuju ke rumah nenek mereka yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah untuk bermain dengan sepupu mereka.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU