ARTIKEL

FOTO Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Sabah

Kanak-kanak perempuan 10 tahun tertimbus tanah runtuh ditemukan maut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA KINABALU: Setelah lebih 10 jam operasi mencari dan menyelamat diaktifkan, mangsa terakhir yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Marahang Tuntul, Papar akhirnya ditemukan pada 8.45 malam, sebelum operasi tamat pada 2.05 pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah Mohd Pisar Aziz berkata mangsa, iaitu kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Dalam kejadian pada 9.20 pagi semalam, tiga mangsa terdiri ibu dan anak-anaknya dilaporkan tertimbus.

Mangsa pertama, iaitu ibu berusia 34 tahun itu ditemukan pada 4.20 petang, manakala anak lelakinya berusia enam tahun dijumpai pada 4.25 petang.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tanah runtuh melibatkan sebuah rumah pada 9.20 pagi, sebelum anggota Balai Bomba dan Penyelamat Papar tiba di lokasi kejadian pada 9.34 pagi.

“Mangsa telah dikeluarkan oleh pasukan bomba yang turut dibantu oleh pasukan penyelamat lain.

“Semua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan dan mayat diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Penemuan kanak-kanak itu menjadikan angka yang terkorban akibat tanah runtuh yang melanda Sabah sejak Jumaat lepas sebanyak 13 orang. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Chery mohon maaf isu Omoda

Pengerusi dan Presiden Chery, Yin Tongyue, memohon maaf ber-hubung dengan kebimbangan terhadap kualiti kenderaan ke-luarannya di Malaysia susulan insiden sebuah Chery Omoda 5 yang mengalami

Wajib bayar HUTANG, jangan tangguh

Hutang merupakan perkara yang lazim dalam kehidupan manusia. Ada yang berhutang untuk memenuhi keperluan keluarga, membeli rumah, mendapatkan kenderaan atau menjalankan perniagaan. Islam tidak melarang