ARTIKEL

Kantoi seludup diesel

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Tangki diubai suai yang digunakan suspek untuk menyeludup diesel menggunakan sebuah van.

MIRI: Kegiatan seorang lelaki menyeludup diesel terbongkar apabila ditahan ketika membawa sebanyak 600 liter diesel di dalam tangki yang diubah suai menggunakan sebuah van.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata lelaki berusia 34 tahun itu dicekup oleh empat anggota Unit Risikan Marin (URM) Markas Taktikal .Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Miri semasa menjalankan Op Kontraban di tepi jalan pasar Lutong di sini, kira-kira jam 3.20 petang semalam.

“Suspek telah gagal mengemukakan sebarang dokumen daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menambah diesel yang dirampas dianggarkan bernilai RM1,290.

Katanya turut dirampas van yang digunakan suspek termasuk tangki yang sudah diubah suai untuk mengisi diesel serta dua unit pam minyak.

Alexson berkata semua barang rampasan dan tangkapan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat KPDN Miri untuk
siasatan dan tindakan selanjutnya.

Katanya kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU