ARTIKEL

Kanun Tanah (pindaan) 2018 Sarawak lindungi tanah adat Bumiputera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING:  Penyukatan tanah adat mengikut Kanun Tanah (Pindaan) 2018 Sarawak adalah untuk memastikan hak tanah adat bumiputera di negeri ini sentiasa dilindungi.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, pindaan Kanun Tanah itu menjadikan tanah adat ‘Pemakai Menua’ dan ‘Pulau Galau’ diiktiraf menpunyai kuasa undang-undang.

Beliau berkata dalam pindaan tersebut, penyukatan tanah Pemakai Menua dan Pulau Galau atau dikenali sebagai Native Territorial Domian (NTD) dilaksanakan di bawah Seksyen 5, Seksyen 6 dan Seksyen 18 Kanun Tanah.

“Kami (kerajaan negeri) merangkumkan semua supaya tanah kepunyaan orang bumiputera dapat diuruskan dengan baik iaitu semua tanah adat mempunyai kuasa undang-undang.

“Untuk makluman, penyukatan di bawah Seksyen 5 adalah untuk mengiktirafkan NTD, Seksyen 6 adalah untuk melaksanakan penyukatan perimeter supaya tidak ada pencanggahan dan Seksyen 18 mengeluarkan surat hak milik tanah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutupan Forum Kanun Tanah (Pindaan) 2018 bagi Zon Selatan Sarawak di sini, semalam.

Abang Johari berkata jika kerajaan telah mengeluarkan surat hak milik tanah tersebut, beliau mahu kaum bumiputera di negeri ini mengusahakan tanah untuk tujuan pertanian.

“Gunakan tanah dengan sebaik mungkin untuk pertanian moden, supaya pendapatan bertambah, apabila pendapatan bertambah, rezeki kita bertambah.

“Kita bangunkan tanah dengan cara baik mengikut kehendak dunia khususnya dari sudut industri makanan,” katanya.

Pemakai Menua dan Pulau Galau ditakrifkan sebagai hak atau keistimewaan yang dinikmati oleh kaum pribumi terhadap kawasan tanah mereka untuk mencari makanan termasuk bertani, memburu dan mencari kayu.

Pindaan itu telah memperuntukkan kuasa kepada NTD yang membolehkan penduduk bumiputera memiliki dan menggunakan tanah itu.– BERNAMA

BERITA LAIN

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil

BERITA TERBARU

Sarawak Tubuh Jawatankuasa Khas Perkasa Start-up dan PMKS

KUCHING: Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelaras pelibatan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memperkasa pembangunan perniagaan pemula (start-up) serta perusahaan mikro, kecil