ARTIKEL

Kapal kargo asing yang ditahan di perairan Miri oleh Maritim Zon Miri, semalam.

Kapal kargo asing ditahan di perairan Miri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Sebuah kapal kargo asing ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Zon Miri semasa melaksanakan Op Permai, Op Tiris dan Op Pelantar Merah di perairan Miri, semalam.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata penahanan itu dilakukan oleh bot peronda Maritim kira-kira jam 11.32 pagi di kedudukan lebih kurang 3.8 batu nautika barat laut Kuala Baram.

“Hasil pemeriksaan mendapati, kapal kargo berkenaan telah melakukan beberapa kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952, iaitu gagal mengemukakan dokumen pendaftaran kapal, lesen perkapalan dalam negeri yang telah tamat tempoh serta peralatan keselamatan berupa rakit keselamatan yang telah melepasi tempoh,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah kapal tersebut dikendalikan oleh sembilan kru, terdiri daripada lapan warga Bangladesh dan seorang warga China.

Susulan itu, Mohd Khairol berkata kapal itu bersama kesemua kru telah dibawa ke kawasan bersauh perairan Miri untuk siasatan lanjut.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU