ARTIKEL

Keadaan kapal menangkap ikan yang karam di Sungai Batang Paloh, Tanjung Manis

Kapal menangkap ikan karam, empat kru selamat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TANJUNG MANIS: Seramai empat kru kapal berdepan detik cemas apabila kapal dinaiki mereka karam di Sungai Batang Paloh, Tanjung Manis di sini, hari ini.

Bagaimanapun, kesemua kru yang terdiri daripada seorang kapten kapal warga tempatan dan tiga orang awak-awak yang kesemuanya merupakan warga Indonesia dalam keadaan selamat.

Namun katanya, kesemua mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan diri kerana tidak sempat dibawa semasa menyelamatkan diri.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, mereka telah menerima laporan daripada Pusat Kawalan Operasi (PKO) Tanjung Manis mengenai kejadian tersebut sekitar jam 11.37 pagi, sebelum dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Makluman awal menyatakan sebuah kapal menangkap ikan berdaftar di Sibu number pendaftaran SB56 telah terperangkap di kawasan beting pasir cetek berhampiran projek Jambatan Batang Paloh sekitar jam 11 pagi.

“Namun, kapal tersebut telah senget dan karam akibat dari arus deras,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, Pegawai Bomba Bantuan (PBB) Tanjung Manis, Mohammad Hasbullah Juli yang berada berdekatan menggunakan bot datang membantu menyelamatkan kesemua mangsa dan membawa mereka ke tempat pembinaan projek Jambatan Batang Paloh.

Oleh itu katanya, tiada sebarang tindakan operasi penyelamatan dilakukan oleh pasukan BBP Tanjung Manis di lokasi setelah kesemua mangsa dilaporkan selamat, dan pasukan bomba kemudiannya bergerak balik ke balai.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU