ARTIKEL

Kyodo/via REUTERS

Kapal Tangki Minyak Rentasi Hormuz Tiba Di Jepun, Pertama Sejak Perang Iran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TOKYO: Sebuah kapal tangki minyak Jepun tiba di negara itu pada Isnin, menjadi yang pertama melalui Selat Hormuz sejak tercetusnya perang Iran, lapor Kyodo News.

Kapal tangki yang dikendalikan oleh unit syarikat penapis utama Idemitsu Kosan Co itu membawa dua juta tong minyak mentah ke wilayah Aichi di tengah Jepun, jumlah yang bersamaan kira-kira 80 peratus permintaan domestik harian, menurut sumber yang rapat dengan perkara itu.

Sumber berkenaan berkata semua anak kapal termasuk tiga warga Jepun, berada dalam keadaan sihat.

Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Minoru Kihara pada sidang media berkata ketibaan kapal itu merupakan “berita gembira dari segi menjamin bekalan tenaga yang stabil.”

Susulan penutupan Selat Hormuz secara efektif oleh Iran, kerajaan Jepun meminta Tehran memastikan laluan bebas dan selamat melalui selat itu bagi kapal dari semua negara.

Kihara, yang juga jurucakap utama kerajaan berkata 39 kapal berkaitan Jepun masih terkandas di Teluk Parsi, termasuk sebuah kapal yang membawa anak kapal warga Jepun.

Beliau menegaskan pihaknya akan terus menggerakkan usaha diplomatik secara proaktif dan memastikan penyelarasan supaya semua kapal dapat melalui selat itu secepat mungkin.

Sebuah lagi kapal tangki minyak milik syarikat minyak utama Jepun, Eneos Holdings Inc, turut melalui Selat Hormuz pada pertengahan Mei dan dijangka tiba di Jepun antara akhir Mei hingga awal Jun. – BERNAMA-KYODO

BERITA LAIN

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU