KOTA SAMARAHAN: Karnival Bola Sepak Remaja Jemputan 2026 melabuhkan tirai sepenuhnya semalam.
Beberapa kategori menyaksikan penguasaan pasukan pilihan.
Bagi kategori bawah 16 tahun, juara milik pasukan SYFA A, manakala pasukan Akademi Tambirat A muncul sebagai naib juara dan Akademi Tambirat menduduki tempat ketiga.
Dalam pada itu, pasukan Akademi Tambirat melakar sejarah tersendiri muncul sebagai juara kategori bawah 12 tahun.
Pasukan SK Gita, SYFA Jr masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.
Beberapa anugerah turut disediakan kepada pemain.
Anugerah pemain harapan bawah 16 tahun milik Afiq Danial (SYFA), Arel daripada Akademi Tambirat pula menerima anugerah kategori bawah 14 tahun.
Sambil, Asraf Qayyum (Akademi Tambirat) diumumkan sebagai penerima anugerah yang sama bagi kategori umur bawah 12 tahun.
Bagi kategori anugerah penjaga gol terbaik, Afiq Danial (SYFA) tersenarai bagi umur bawah 16 tahun. Khairul Azrin) Akademi Tambirat bagi peringkat umur bawah 14 tahun dan Luke Evan Nelson (SYFA) untuk peringkat umur bawah 12 tahun.
Kesemua pasukan terbabit menerima hadiah berupa piala, pingat dan sijil penghargaan.
Pengerusi Karnival, Abdul Muhtalip Tegak menzahirkan ucapan tahniah kepada pasukan yang berjaya muncul juara pada saingan kali ini.
“Syabas dan tahniah kepada semua pasukan terlibat, terutama pemain yang menunjukkan mutu permainan begitu hebat pada setiap perlawanan dilalui,” tegas Muhtalip kepada Arena Suara Sarawak.
Terdahulu, beliau turut merakam ucapan terima kasih kepada semua pihak atas sokongan dan kerjasama yang diberikan bagi menjayakan pengelolaan karnival terbabit.
“Pihak kita ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada ETFDP Sarawak atas penajaan untuk karnival terbabit.
“Kita amat berharap kerjasama strategik terbentuk dan terjalin itu terus berkekalan,” tambah Muhtalip.

