KUCHING: Pendaftaran bagi pasukan yang akan turut serta dalam Karnival Bola Sepak Tertutup Betong Fah Fatt Line7 2024 sebelum ini ditetapkan pada 20 November lalu dianjak ke satu tarikh baharu.
Preaiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA), Kr Abang Suhordie Abang Zaini memberitahu, mesyuarat pihaknya berhubung perkara itu menetapkan 30 November sebagai tarikh tutup baharu pendaftaran.
“Kita telah memutuskan untuk melanjutkan tarikh pendaftaran sehingga 30 November nanti.
Ia bagi memberi peluang kepada pasukan untuk mendaftar,” ujar Abang Suhordie kepada Arena Suara Sarawak.
Menurut Abang Suhordie, pihaknya berharap anjakan tarikh tutup sebagai mana dinyatakan itu akan memberi ruang kepada pasukan untuk membuat persediaan.
Kejohanan anjuran BDFA tersenut akan berlangsung tiga hari bermula dari 13 hingga 15 Disember depan.
Tegas Abang Suhordie, ia terhad kepada lapan pasukan sahaja dan format secara liga kumpulan.
“Empat pasukan setiap kumpulan, dua pasukan terbaik layak secara automatik ke separuh akhir,” ujar Saiful kepada Arena Suara Sarawak.
Tambah Abang Suhordie, Kompleks Sukan Betong merupakan gelanggang rasmi bagi karnival tersebut.
Abang Suhordie menyatakan, pasukan berminat boleh mendaftar bermula hari ini.
Sebarang keterangan lanjut boleh berhubung terus dengan Cikgu Azmi di talian 019-8872676 dan Karen Sabai (012-8045242).
“Hadiah lumayan menanti tiga kelompok pasukan terbaik.
Pasukan yang berjaya muncul juara menerima wang tunai RM2,000, piala dan pingat.
“Naib juara menerima wang tunai RM1,000 selain piala dan pingat.
Wang tunai RM700 dan pingat masing-masing diterima dua pasukan yang tewas di peringkat separuh akhir selaku pemenang tempat ketiga bersama,” jelas Abang Suhordie lagi.



