ARTIKEL

PENGERUSI...Abdul Muhtalip Tegak.

Karnival Futsal Hari Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Kelab Bola Sepak Mo-2uang Legacy dengan kerjasama Akademi Bola Sepak Remaja Samarahan (SYFA) akan menganjurkan Kejohanan Futsal Remaja Santai Hari Sarawak 2026 sempena sambutan Hari Sarawak pada 22 Julai ini.

Pengerusi kejohanan, Abdul Muhtalip Tegak berkata, pertandingan sehari itu mempertandingkan dua kategori, iaitu lelaki bawah 12 tahun dan lelaki bawah 16 tahun.

Menurutnya, kejohanan tersebut akan berlangsung di gelanggang futsal Pusat Sukan Sentosa, Stakan dan penyertaan telah dibuka sejak semalam.

“Pihak kami mengalu-alukan penyertaan pasukan atau kelab yang berminat. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi saya di talian 012-8844581,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Katanya, penyertaan dihadkan kepada lapan pasukan bagi kategori lelaki bawah 12 tahun, manakala kategori lelaki bawah 16 tahun disasarkan melibatkan 12 pasukan.

Beliau berkata, perlawanan peringkat awal akan menggunakan format liga dan dua pasukan terbaik setiap kumpulan akan layak secara automatik ke peringkat kalah mati.

Juara dan naib juara bakal menerima wang tunai, piala, pingat dan jersi, manakala dua pasukan yang tewas di peringkat separuh akhir akan menerima wang tunai dan piala selaku pemenang tempat ketiga bersama.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU